KARYA SENI ESKLUSIF

Pengetahuan dan pengalaman luas Bibah telah mencetuskan inspirasi dan keeksklusifan dalam setiap karya seninya. Rekaannya merangkumi pelbagai panel dinding dan rangka tirai latar untuk pejabat korporat, hinggalah ke hiasan dalaman bagi bilik hotel dan kapal mewah. Sehingga kini, rekaan songketnya terus menghiasi banyak institusi pendidikan, organisasi korporat dan hotel di seluruh Malaysia.