CENDERAMATA & AKSESORI

Bibah Songket turut menawarkan rangkaian Cenderamata & Aksesori yang terdiri daripada bekas atau kotak cenderamata, beg bimbit dan buku nota. Produk-produk ini sesuai untuk kegunaan peribadi, atau dijadikan cenderamata di majlis korporat dan perkahwinan serta upacara penting yang lain. Rekaan produk yang ringkas lagi sofistikated bagi rangkaian ini memastikan warisan agung Malaysia sentiasa dapat dihargai dan dimiliki oleh sesiapa sahaja.